Sebak Melihat Ibu Monyet Menyelamatkan Anaknya Yang Dilanggar Motosikal Dan Di Ragut Oleh Seekor Anjing

262
0
SHARE

Ibu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka selamat. Anak adalah permata berharga bagi manusia.

Tetapi bukan manusia sahaja yang sayangkan anak, malah ibu-ibu haiwan juga boleh memaparkan cinta dalam menjaga anak mereka. Di New Delhi, India, seekor monyet mungkin memenangi anugerah “Ibu Yang Berani”.

Terdapat seekor anak monyet di dalam bahaya apabila dilanggar oleh sebuah motosikal tetapi anak kecil itu bernasib baik kerana ibunya berada berdekatan dengannya dan berjaya menyelamatkannya. Tetapi itu bukanlah pengakhiran bagi anak monyet yang malang itu.

Selepas pelanggaran itu, anak monyet yang masih dalam keadaan terkejut menerima satu lagi ancaman di mana terdapat seekor anjing yang ingin meragutnya.

Tetapi dengan keberanian ibu monyet yang terus melawan anjing itu dengan melompat ke atasnya serta menggigit bagi menghalang anjing itu dari meragut anaknya.

Anjing itu mungkin menyedari bahawa dia tidak akan menang lantas membatalkan rancangannya untuk meragut anak monyet tersebut.

Pengguna jalanraya tersebut terkejut dengan tindakan berani ibu monyet tersebut. Foto-foto ini, yang diperoleh dari DailyMail, diambil oleh jurugambar yang berada di kawasan itu.

Jika melihat akan situasi ini, kadang kala terfikir akan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang bayi sendiri. Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya.

SHARE